Pages

Monday, July 13, 2015

Resepi Pavlova



Resepi Pavlova
Bahan-bahan resepi pavlova:
4 biji putih telur
Secawan gula kastor (Kurangkan untuk elak manis sangat)
1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu besar esen vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)
1 sudu besar cuka masakan
Cara-cara buat :
Panaskan oven dulu (150 darjah celcius) dan biarkan
Pukul putih telur dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi ‘soft peak form’
Then, masukkan gula kastor sikit demi sedikit. Putar lagi dengan kelajuan tinggi sampai adunan jadi putih berkilat dan bertanduk. Kalau korang terbalikkan bekas adunan tu, mende alah tu tak tergolek jatuh.
Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
Pastu masukkan tepung jagung & cuka, gaul dan ratakan pakai spatula or senduk.
Tuang or pipingkan adunan atas baking paper. Nak lukis bulatan dulu atas paper tu pon boleh, daku just tuang terus je. Muehehee
Ratakan biar jadi bulat or ape2 bentuk yang berkenan di hati. Ramai yang buat bahagian tepi tu lebih tinggi dari bahagian dalam, ala2 tebing. Tapi ikut suke korang la nak buat bentuk macam mane.
Masukkan adunan ke dalam oven, letak rak tengah. Masak selama 1 jam 15 minit dengan suhu 140 darjah celcius. (ekceli, masa masak ni bergantung kepada oven kita jugak. Kalau dah lebih 1 jam, korang tengok warna adunan dah kuning2 and rasa dah garing or crispy, dah masak la tu. Kalau tak, lebihkan masa bakar tu.)
Bila dah masak, offkan oven. TAPI jangan keluarkan lagi mende alah tu from oven. Biar die duk dalam tu lebih kurang 10 minit, regangkan sikit pintu oven. Dah sejuk, boleh keluarkan.
Cara hias pavlova:
Pukul whipping cream (boleh beli dekat kedai kek) sampai kental.
Then, masukkan gula aising secukup rasa dan sedikit esen vanilla.
Pastu potong buah strawberi, anggur, kiwi, blueberry, blackberry, etc.
Boleh la taruk cream atas pavlova yang dah masak tadi & susun potongan buah2 tersebut. Siaaap!~
Tips resepi pavlova :
Time asingkan putih telur tu, pastikan betul2 takde kuning telur yang termasuk, terloncat, tergatal nak masuk dalam tu. Karang, idok la naik adunannye.
Pastikan dalam bekas korang nak putar adunan tu, takde sebarang air or minyak or bahan asing.
Sesetengah resepi, diorang gantikan tepung jagung & cuka tu dengan cream of tartar. *nanti i try*
Some resepi, bakar pakai api bawah aje. Ade yang pakai api atas bawah. Korang tengok la yang mane sesuai dengan oven korang.

Tips Perkahwinan: 25 Perkara Perlu Anda Lakukan Pada Hari Perkahwinan





Kenali tips-tips menarik yang perlu anda lakukan pada hari menjelang perkahwinan anda.

Selepas bertungkus lumus selama 12 bulan merancang majlis yang paling sempurna,pasti anda ingin semuanya berjalan lancar pada hari tersebut. Di sini ada 25 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Memastikan Anda Jalani Majlis Dengan Happy.
1. Pastikan anda dapat tidur yang secukupnya.
Anda perlukan tenaga yang secukupnya untuk bertahan sepanjang majlis. Jadi tidur awal supaya tidak terbabas dan lemah lesu keesokkan harinya.
2. Bangun awal solat subuh.
Bangunlah awal solat subuh, mulakan hari penting ini dengan restu-NYA. Doa pada-NYA untuk permudahkan segala urusan majlis.
3. Jangan lupa makan sarapan pagi.
Ramai pengantin yang ambil mudah perkara penting ini, sibuk mengendali itu ini hingga tidak makan sarapan.
4. Bersiap sedia awal supaya tidak kelang kabut.
Jangan tunggu hingga saat akhir untuk bersiap-sedia. Pastikan makeup artis sampai ke lokasi tepat pada waktu. Double check baju pengantin anda jika ada kehilangan butang, benang terlerai dll.
5. Pengantin lelaki, pastikan cincin nikah ada bersama anda.
Jangan nanti waktu nak sarungkan cincin kalut mencari cincin di setiap pocket. Jadi lantik seorang bestman untuk bantu ingatkan anda perkara-perkara sebegini.
6. Ketika makeup, pakai T-Shirt
Ketika memakai makeup, pakai T-Shirt supaya baju pengantin anda tidak comot terkene bahan-bahan makeup. Akan tetapi jangan lah memakai T-Shirt lusuh yang buruk, kerana photographer akan mengambil proses memakai makeup. Tidak manis lah jika kelihatan T-Shirt tidur yang berlobang dan lusuh. Untuk lebih selamat, minta photographer datang shoot pada saat akhir makeup, apa bila anda telah salin ke baju pengantin.
7. Tulis nota pendek dan sweet, minta rakan anda pas kan pada pasangan anda.
Perkara ini tidak wajib, tapi pasti anda akan tersenyum manis jika terima surat yang amat sweet dari bakal suami/isteri pada pagi hari nikah.
8. Adakan meeting sesame dulang boys.
Kenapa adakan meeting hanya untuk dulang boys? Mesyuarat pendek ini hanya untuk bincangkan mengenai disiplin diri masing-masing. Pastikan jangan hadir lambat dan buat perkara-perkara nakal “prank" ke pasangan pengantin.
9. Selesakan kasut baru
Jika anda menempah kasut baru, pastikan anda pakai kasut itu seminggu sebelum majlis. Ini untuk mengelakkan kaki anda melecet dari memakainya pada hari majlis. Semua wanita pasti setuju, kaki melecet bukan lah satu perkara yang best.
10. Jangan sembur minyak wangi berlebihan.
Jangan lupa pakai minyak wangi, tetapi jangan lah juga sembur terlalu banyak hingga sakit hidung mereka yang lalu. Minta bridesmaid anda untuk pegangkan botal minyak wangi supaya jika baunya hamper pudar boleh sembur kembali.
11. Bridesmaids sila pastikan semua berjalan lancar.
Bridesmaids, inilah tugas anda. Dari ramai-ramai rakan pengantin, anda adalah golongan terpilih untuk memastikan majlis rakan karib anda berjalan dengan lancar. Jadi, jangan hampakan puteri sehari itu.
Dalam blog post lepas, kami ada kongsikan senarai barang yang perlu ada dalam Survival Kit. Jangan lupa Survival Kit yang amat penting dan berguna itu.
13. Ambil selfie
Ambil beberapa keeping selfie sebagai kenangan, bukan hari-hari anda dapat dress up seperti tuan puteri.
14. Letak phone jauh-jauh
Selain dari mengambil selfie, jauhkan diri dari telefon. Lantik salah seorang bridesmaid untuk menjawab calls. Kerana pasti ramai yang akan menelefon untuk bertanya jalan dan sebagainya. Anda hanya focus, bersiap-sedia untuk berkahwin!
15. Hilangkan cuak anda.
Siapa tak nervous, dalam masa beberapa jam lagi anda perlu lafazkan akad depan khalayak ramai dan akan melangkah masuk alam perkahwinan. Bridesmaid dan groomsmen, jalankan tugas anda untuk tenangkan pasangan raja sehari ini.
16. Berhenti, tarik nafas panjang.
Sebelum berarak ke pelamin atau lokasi akad nikah. Berhenti seketika, tarik nafas panjang dan lihat sekeliling. Hayati penat lelah anda merancang majlis paling bermakna ini.
17. Rasa makanan yang dihidang
Curi masa untuk menikmati masakan yang dihidang di meja makan beradap.
18. Mintak bridesmaid bawakan makanan semasa anda bersiap.
Pada hari tersebut, 5 minit pun pasti anda tidak ada untuk menghayati makanan majlis. Jangan biar perut anda kosong, minta tolong bridesmaid dan groomsmen bungkuskan makanan dan bawa ke bilik bersiap.
19. Tegur semua tetamu dengan senyuman walau penat mana pun.
Pasti semua saudara-mara, rakan zaman sekolah rendah akan hadir pada majlis anda. Walau penat macam mana pun, tegurlah mereka dengan senyuman. Setiap tetamu yang hadir membawa doa kebahagiaan rumahtangga yang bakal anda bina.
20. Pastikan semua gambar penting telah diambil oleh photographer anda.
Seperti yang telah disenarikan di blog lepas, pastikan semua pose gambar yang penting dirakam oleh photographer. Pada yang memuat naik gambar di Instagram, maklumkan pada mereka untuk #hashtag supaya senang untuk anda cari gambar-gambar majlis itu nanti.
21. Jangan lupa bawak kasut spare yang selesa.
Semua wanita ingin kelihatan paling cantik pada hari majlis. Tapi bak kata pepatah inggeris “Beauty is Pain". Pasti separuh jalan majlis, kaki anda akan sakit dari memakai heels tersebut. Jadi bawalah flat shoe yang selesa dan matching dengan baju pengantin untuk disalin nanti.
22. Lantik seseorang yang boleh selamatkan anda dari tetamu yang becok.
Di setiap majlis, pasti akan ada tetamu yang telah lama tidak ketemu dan ingin “catch-up". Bukan salah, tapi ini bukan masa yang sesuai. Ramai tetamu lain yang perlu anda tegur dan mengucap terima kasih. Jadi, lantik seorang bridesmaid untuk datang selamatkan anda dari berdiri berjam-jam berborak dengan seorang tetamu tersebut.
23. Luang masa dengan ibu baba dan ibu bapa mertua.
Ingat, berkahwin bermaksud anda akan memulakan keluarga anda sendiri. Ibu bapa yang menjaga kita selama ini pasti berat hati untuk melepaskan anak mereka. Luangkan sedikit masa bersama mereka, ucapkan terima kasih dan buat mereka rasa walaupun dengan kehidupan baru, mereka tetap diutamakan.
24. Jangan smash kek kahwin. Jangan.
Haish… Tepuk dahi admin bila pergi ke majlis yang ada smash kek. Dik, majlis ni untuk menunjukkan kita dah matang dan bersedia untuk berdikari. Lagipun, aksi ini amat messy. Jika boleh elakkan ye.
25. Berikan senarai lagi yang anda telah pilih kepada DJ majlis
Akhir sekali, jangan lupa buat senarai lagu yang ingin anda mainkan pada majlis tersebut. DJ tidak kenal pasangan pengantin, jadi mereka akan memainkan apa-apa sahaja muzik yang berkaitan dengan kahwin. Dan selalunya muzik-muzik itu dan berapa best. Anda kenal pasangan anda, buat senarai lagu-lagu yang memberi makna dan memori pada anda berdua. Lagi elok, paskan senarai ini 2-3 hari sebelum majlis supaya DJ boleh bersiap-sedia.
Selamat Pengantin Baru! Moga Majlis Anda Berjalan Dengan Lancar.
copy/paste: http://www.ikahwin.my/blog/232-tips-perkahwinan-25-perkara-perlu-anda-lakukan-pada-hari-perkahwinan

Monday, April 27, 2015

Nasihat Buat Suami

Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:
1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.
2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.
3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.
4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.

Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"
Suami menjawab,"Ya, mahu."
Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."
Si suami tersentak, dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"
Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."
Rasulullah bersabda:
"لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ "
"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".
Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.
Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"
Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."
Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU."

copy paste : https://www.facebook.com/diarihati/posts/1027267267302775?fref=nf&pnref=story

simple cheese cake

resipi ni xpnh cube lg..tp macam menarik untuk dicuba.

Kek Keju Jepun

Bahan2 :

#7 keping cheddar cheese (kira-kira 28g satu slice)
#200ml susu segar@susu cair
#4 biji telur
#75gm tepung naik sendiri
#75gm butter
#100gm gula halus
#1/2 sudu teh cream of tartar

Cara Menyediakan :

1. Koyakkan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu.Masak dengan api perlahan..Kacau selalu.
2. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan.
3. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan.
4. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan meringue(bertanduk).
5. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi (ditapis)
6. Masukkan tepung sedikit-sedikit serta kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
7. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati
8. Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter.
9. Letak loyang dalam bekas berisi air panas
10. Panaskan oven..boleh lah dibakar dalam 1 jam 30 minit atau mengikut kepanasan oven masing-masing

Saturday, April 25, 2015

Pesanan Ustaz Kepada Seorang Suami Yang Curang

Walau dengan siapa pun kita dijodohkan, bersyukurlah dengan kelebihannya dan bersabarlah dengan kekurangannya

Untuk suami yang curang, baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini:

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. isteri saya gemuk.

Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan? kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah lembut isteri saya langsung tiada masa untuk saya dan kadangkala dia garang dengan saya.

Ustaz : perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang piutang kamu. kerana dia sentiasa gembira bersama kamu. berbanding dengan isteri kamu, dia memikul semua masalah kamu. masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anak kamu. kerana dia tahu menjaga anak-anak kamu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu.

Suami : isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. dia sentiasa emujuk saya

Ustaz : isteri kamu sudah puas memujuk anak-anak kamu bila mereka bertanya bila kamu akan pulang. anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anak kamu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu?

Suami : tapi ustaz

Ustaz : beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja. mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. cuba kamu fikir, kalau bukan keranan dia korbankan tubuhnya kerana kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu. kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri sepertinya. lebih baik kamu nilai diri sendiri dari menilai isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak-anak kamu nanti.

copy paste : http://um-fabolous.blogspot.com/2015/02/pesanan-ustaz-kepada-seorang-suami-yang.html

Friday, April 10, 2015

resipi puding susu buah-buahan

resipi ni pun amik org punye je..huhuhu...

Resepi Puding Susu Buah-Buahan . Sedap makan sejuk-sejuk ni.

Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
* 1 paket serbuk agar2 (11gm)
* 2 biji telur
* 4 cawan air
* 1/2 tin susu cair
* 1 cawan gula
* 2-3 sudu besar tepung kastad
* 1 tin fruit cocktail

Cara - Cara Membuat :
1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

Untuk kuah campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu gula dan 1 sudu tepung kastad. campurkan sahaja dan disimpan di dalam peti sejuk.

Selamat mencuba n jngn lupa share kepada kawan-kawan kita

cerita-cerita

sekadar perkongsian cerita..semoga boleh dijadikan pengajaran dan ingatan.
Cerita yang aku ingat-ingat lupa. Makin samar dalam ingatan. Sebelum ianya pudar, aku coretkan di sini.
Malam itu aku menumpang di asrama. Bilik kawanku.
Aku di tahun dua pengajianku. Hari itu ada event di kampus. Aku kena bermalam di sana.
Dah hampir tengah malam. Kawan kata dia nak keluar. Nak uruskan booth. Tinggal aku berseorangan dalam bilik asrama.
Pintu bilik diketuk orang. Beri salam. Aku membuka pintu. Seorang lelaki. Abang senior tahun akhir. Aku tak kenal dia. Tapi, pernah nampak mukanya di kampus. Dia hulurkan tangan, salam. Peramah orangnya. Senyuman manis. Muka bersih.
Dia duduk di hadapanku. Memulakan perbualan. Memperkenalkan dirinya. Tak sedar, dah setengah jam berlalu. Kami borak seperti dah lama kenal.
"Dah berpunya ke?"
Dia bertanya. Aku sengih saja. Seraya bertanya kembali,
"Bang dah ke?"
Dia tergelak kecil.
"Saya dah bertunang. Minggu depan nikah. Insya-Allah."
Aku senyum sama. Sambil mengajukan soalan bodoh,
"Best tak ada tunang?"
Dia senyum lama.
"Alhamdulillah. Allah bagi rasa nikmat ini. Rezeki dapat bertunang awal. Waktu abang dalam waktu susah dan senang, cik tunang ada bersama walaupun sekadar perkataan dan kata-kata semangat."
Aku bersandar di tiang katil.
"Untunglah dia ada tunang dah."
Dia menggelengkan kepala.
"Bertunang, dalam kebahagiaan ada dugaan besar. Kadang-kadang, kita akan rasa, dia ada kurang di mana-mana. Orang lain dirasakan lebih. Perempuan lain nampak lebih cantik. Kekadang, rasa tak boleh teruskan. Rasa tak sedia lagi. Rasa tak boleh bawa tanggungjawab.
Yang lebih teruk lagi, ada hasutan-hasutan halus ke dalam hati supaya tidak percayakan dia. Supaya tidak setia. Supaya buat onar, curang di belakang tunang sendiri.
Begitu juga dia. Tambah-tambah lagi dia ada rupa. Ada yang mengurat makin rancak, makin bergelar tunangan orang, makin rasa nak cuba dapatkan. Makin susah nak dapat, makin geram nak. Mereka nak challenge diri. Ingat hubungan pertunangan orang ini suatu permainan agaknya.
Dari sudut keluarga pula, pasti ada bisik-bisik dari belah keluarga tentang diri pasangan. Makin lama tempoh bertunang, makin ada ketirisan yang nampak di mata keluarga. Syaitan memainkan peranan dengan sangat hebat. Menerapkan rasa benci dan iri hati. Rasa kelabu di mata.
Tanpa kepercayaan, iman, dan kasih yang kuat, pastinya hubungan ini akan terlerai dengan mudah."
Aku termangu dengar kata-katanya.
"Apa perasaan abang sekarang, esok lusa dah nak jadi suami orang?"
Dia senyum lagi.
"Saya dah dapat segalanya yang saya doakan. Saya doa nak hidup dengan dia. Allah dah tunaikan dengan jadikannya tunangan saya. Malah, kami bakal jadi suami isteri yang sah. Berapa lama saya kena sabar untuk sampai ke tahap ini? Dah lama. Dah bermacam dugaan saya tempuhi. Sikit saja lagi. Sikit hari lagi dah.
Sungguh, dalam hati rasa sangat bersyukur pada Allah. Alhamdulillah. Rasa nak menangis pun ada bila Allah sebenarnya dengar doa kita. Kita saja rasa Allah tak peduli. Sedangkan setiap cebis doa yang kita rasakan remeh-temeh, bagi Allah tidak sama dengan pandangan kita. Mungkin doa itu jadi sepenting-penting doa. Mungkin juga doa itu akan dipertimbangkan dan diberikan ganti yang lebih baik. Kita berdoa sambil lewa. Tadah tangan pun dengan malas sampai biarkan saja tangan yang menadah, berada di kepala lutut tanda tersangat malas.
Cuba tunjukkan kesungguhan. Tundukkan kepala, keluarkan air mata, tadah tangan tepat separa dada tuju ke hati. Doa sungguh-sungguh biar bergetar menggigil seluruh badan. Biar sampai terisak-isak tersedu-sedan. Insya-Allah. Doa yang dilantukan tidak akan Allah pulangkan dengan kosong. Dia akan makbulkan dengan kemahuan dan kehendak-Nya sendiri. Dengan cara-Nya sendiri yang penuh hikmah."
Aku melihat ke dalam matanya. Nampak berkaca-kaca. Mungkin benar dia dah melalui pelbagai dugaan untuk sampai ke aras ini. Gerun pula rasanya tempoh bertunang.
Dia menyambung kata,
"Abang happy. Allah berikan abang bertemu seindah-indah wanita di mata abang. Sejuk di mata dan di hati. Sayang dalam hati ini terasa tulus. Tak pernah rasa begini sebelumnya. Nikmat Ilahi, masya-Allah.
Doakan ya moga nikah kami lancar minggu depan. Amin."
Tutur katanya tenang. Boleh lihat riak wajahnya gembira. Siapa yang tidak gembira esok lusa nak jadi pengantin?
Tidak lama, dia meminta diri pulang. Kebetulan, kawan asrama pun dah balik ke bilik. Sempat bertemu mata sekejap.
Lewat petang keesokan harinya, kawan bilik asrama datang menemuiku.
"Kau tahu tak, abang yang datang jumpa kau malam tu, dah tak ada. Dah meninggal dunia. Kemalangan motor dengan sebuah lori. Tunang dia pengsan bila dapat khabar dukacita tu. Innalillahi wainna ilaihi raaji'un."
Aku kaget. Terkejut. Macam tak percaya.
Allahummaghfirlahu war hamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu.
Mungkin aku jadi orang yang terakhir berbicara panjang dengannya. Allahurabbi.
"Dah nak nikah esok lusa...."
Sebak sendiri. Benarlah kata-katanya malam itu, Allah makbulkan doa dengan cara-Nya sendiri.
Manusia cuma mampu merancang. Merasakan impiannya dah berada dalam genggaman. Merasa doa telah dimakbulkan ikut permintaan. Ah. Terlalu awal.
Dia Maha Menentukan;
Genggam erat pun terlepas.
Simpul mati pun terlerai.
Nyawa dan jasad pun terpisah.
cerita oleh: Muhammad Rusydi